Solat sunnat Hajat dilaksanakan apabila seseorang ingin memohon sesuatu dari ALLAH s.w.t. Ianya dilaksanakan sebanyak dua rakaat diikuti dengan doa setelah memberi salam.
Di antara cara untuk menunaikan solat ini adalah seperti berikut:
Pada raka’at pertama selepas doa iftitah, baca surah Al-Fatihah diikuti dengan surah Al-Kafirun sebanyak 11 kali (atau boleh juga 3 kali).
Pada raka’at yang kedua, baca surah Al-Fatihah diikuti dengan surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali (atau boleh juga 3 kali). Selepas memberi salam, bacalah doa seperti berikut :
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun dari Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman dengan Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.
Ya Allah, jauhkan kami dari bencana perang, bencana senjata yang memusnahkan, bencana segala macam penyakit dan kesusahan. Ya Allah, hentikanlah fitnah dan pertikaian yang terjadi di dunia hari ini. Bahawasanya fitnah ini boleh membawa bencana memusnahkan kesejahteraan dan keamanan.
Ya Allah, hindarkanlah umat manusia daripada sebarang perselisihan dan permusuhan yang membawa kepada kehilangan jiwa dan kerosakan hartabenda. Selamatkanlah institusi dan tempat-tempat suci Islam dari sebarang kemusnahan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.
Ya Allah, dengan Rahmat Mu dan kasih sayang Mu, jauhkanlah kami daripada kekontangan air, kenaikan harga barang, kezaliman, fitnah dan ujian, wabak serta penyakit yang menular dan segala macam bala di negeri kami ini dan negeri-negeri mereka yang beriman serta negeri-negeri mereka yang cinta kepada keadilan dan keamanan.
Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, Allah yang Maha Penyantun dan Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan Pemelihara ‘Arasy yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seru seluruh alam, kepada Mu kami memohon rahmatMu, dan pengampunan Mu, dan keselamatan dari setiap dosa. Janganlah Engkau biarkan dosa meliputi diri kami, melainkan Engkau mengampuni kami dan tidak ada sesuatu kesempitan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tidak ada pula sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu, melainkan Engkau kabulkan. Wahai Tuhan yang paling Pengasih dan Penyayang. (Jika ada hajat lain, boleh disebutkan di sini).
Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami, Dialah sebaik-baik yang diharapkan. Sebaik-baik Pelindung dan Penolong. Selawat dan salam dari Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang empunya kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Sejahtera atas sekalian Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.
Al-Fatihah…..
Dikeluarkan oleh
Pejabat Mufti
b/p Majlis Ugama Islam Singapura
What's Up?
Tuesday, January 12, 2010
Monday, January 11, 2010
AYAT YANG MEMBUNUH JIN IFRIT
Imam Ghazali meriwayatkan dalam kitabnya, Khawasul Quran pernah terjadi suatu peristiwa ganjil di negeri Basrah pada seorang pedagang yang bernama Ka'ab. Setelah Ka'ab sampai di sana, dia pun mencari tempat untuk bermalam. Oleh kerana Ka'ab adalah pedagang yang paling lewat, maka semua tempat penginapan telah penuh kecuali satu rumah usang yang telah lama ditinggalkan.
Ka'ab tiada pilihan lain, lalu dia pun pergi bertemu dengan tuan rumah tersebut. Kata tuan rumah itu kepada Ka'ab, rumah ini aneh sedikit, sering menjadi buah mulut orang kampung, kata mereka, rumah ini didiami oleh Jin Ifrit. Sesiapa yang pernah tinggal disini akan menjadi ketakutan. Kalau awak sanggup tinggallah awak disini selama mana yang awak suka, saya tidak akan mengenakan apa-apa bayaran."
Walau bagaimanapun Ka'ab bersetuju untuk tinggal di situ buat beberapa hari. Pada 2/3 malam yang pertama itu juga Ka'ab telah nampak satu bayang-bayang hitam dengan dua biji mata yang merah menyala datang mendekatinya. Ka'ab bangun lalu membaca ayat Qursi dari awal hingga ke akhirnya. Setiap bacaan Ka'ab tetap diikuti oleh jin itu kecuali pada ayat terakhir iaitu, Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal aliyul azim tidak kedengaran lagi suara jin Ifrit itu.
Ka'ab merasa hairan lalu diulang-ulangnya ayat itu. Seketika itu, Ka'ab tercium sesuatu seperti benda terbakar.Keesokan harinya, Ka'ab mendapati sesuatu seperti abu pada sudut rumah itu. Di saat itu, Ka'ab terdengar suara berkata, Wahai Ka'ab, engkau telah membakar jin Ifrit.Soal Ka'ab, Dengan apa aku membakarnya?Jawab suara itu, Dengan ayat Quran, Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal aliyul azim.

Sunday, January 10, 2010
Menziarahi Kubur Menurut Islam
Menziarahi Kubur Menurut Islam untok renuagan bersama
Menziarahi Kubur Menurut Islam
Laporan oleh oleh Ustaz Syed Abdillah Aljufri
Penolong Pengarah,
Jabatan Pendidikan Agama, MUIS
1) Hukum Menziarahi Kubur
2) Hukum Memberi Takziah
3) Hukum Membuat Dapur-Dapur Kubur
4) Tujuan Menziarahi Kubur
5) Adab Menziarahi Kubur
6) Ziarah Kubur Pada Hari Raya
1) Hukum Menziarahi Kubur
PADA zaman permulaan Islam berkembang, Nabi Muhammad saw melarang kaum Muslimin menziarahi perkuburan. Larangan ini disebabkan kekhuatiran terhadap timbulnya kepercayaan lama mereka kepada berhala atau sebarang lambang keberhalaan. Tetapi kemudiannya, Nabi s.a.w. membenarkan pula mereka menziarahinya. Ini kerana iman dan keyakinan mereka terhadap Islam telah mantap. Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud:
"Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh menimbulkan sifat zuhud terhadap dunia dan ingat kepada akhirat."
Kebanyakan ulama' mengambil kesimpulan daripada hadis ini bahawa hukum menziarahi kubur adalah sunat bagi kaum lelaki dan makruh bagi kaum perempuan. Hukum sunat bagi kaum lelaki sudah jelas, iaitu mengingatkannya tentang akhirat. Tetapi hukum makruh bagi kaum perempuan pula besar kemungkinan kerana biasanya kaum perempuan lemah semangat dan terlalu beremosi. Mereka akan merasa terlalu sedih mengingatkan orang yang mereka kasihi telah meninggal, lebih-lebih lagi kalau pemergiannya secara mengejut atau terlibat dalam kemalangan dan sebagainya, maka dikhuatiri perasaan sedih mereka akan membawa kepada penyesalan terhadap takdir Allah s.w.t.
2) Hukum Memberi Takziah
Oleh kerana 'kematian' itu satu kepastian yang tidak dapat dielakkan oleh setiap insan, setiap insan pasti mati, hanya sebabnya sahaja yang berlainan. Manusia harus menerima hakikat ini. Oleh sebab itu, hukum memberi takziah kepada keluarga yang ditimpa musibah maut ini dihadkan hanya tiga hari sahaja. Lebih dari itu, tidak disunatkan lagi kita memberi takziah kerana ia hanya akan menimbulkan kesedihan sahaja.
3) Hukum Membuat Dapur-Dapur Kubur
Sebelum diperkatakan cara enziarahi kubur yang dibenarkan oleh Islam perlu juga diketahui hukum membuat dapur-dapur kubur itu. Menurut yang afdal dalam Islam, kubur seseorang Muslim/Muslimah itu hendaklah ditinggikan sejengkal dari dataran bumi dan diratakan bahagian atasnya dan ditandakan dengan sesuatu tanda untuk dikenali supaya mudah diziarahi. Ini pernah ditegaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. apabila Baginda ditanya mengapa Baginda meletakkan tanda di kubur saudara susuannya Othman Bin Maz'un. Baginda menjawab yang bermaksud: "supaya saya kenal kubur saudara saya."
Dari sinilah timbulnya kebiasaan meletakkan nisan. Tetapi apa yang
dilarang dalam Islam ialah terlalu sangat menghias kubur dengan dapur-dapur daripada batu mozek, marmar dan sebagainya kerana ini merupakan suatu pembaziran.
Adalah lebih baik jika lebihan wang yang hendak digunakan untuk
tujuan ini disedekahkan kepada fakir miskin atau melakukan amal jariah yang lainnya.
Kalau mayat itu ditanam di perkuburan wakaf adalah haram mengambil kawasan yang tidak perlu bagi satu-satu kubur kerana ini boleh mengurangkan kawasan untuk ditanam mayat yang lain. Jadi untuk mengenal kubur ibu-bapa, suami/isteri dan kaum kerabat kita cukuplah mengawal tanah kubur jangan sampai terpersok atau hilang atau susah dikenali, iaitu sekadar membuatnya secara mudah dan tidak banyak menghabiskan perbelanjaan.
Walau bagaimanapun kubur yang tidak dapat dikesan lagi dan tidak
dapat diziarahi akan mendapat rahmat yang lebih daripada Allah s.w.t. Sebagaimana yang pernah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud 'Allah merahmati kubur yang tidak dikenali.
Sehubungan dengan ini menulis ayat-ayat suci di batu-batu kubur, bukanlah satu suruhan Islam. Malah, ianya terlarang kerana tulisan-tulisan akan terdedah kepada pencemaran, kerana biasanya tulisan-tulisan ayat diparas kaki orang yang berdiri di pinggir kubur itu dan kemungkinan ada pula orang duduk di pinggir batu itu, perkara ini adalah dilarang.
4) Tujuan Menziarahi Kubur
Seseorang yang ingin menziarahi kubur hendaklah berniat yang benar dan ikhlas kerana Allah s.w.t. semata-mata iaitu untuk melembutkan hati, mengingatkan akhirat dan mengenang jasa si mati atau kelebihannya di sisi Allah. Begitu pula apabila menziarahi kubur atau makam para nabi dan para wali, lebih-lebih lagi makam Nabi Muhammad saw yang begitu besar jasanya bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada alam semesta kerana Allah swt sendiri telah menerangkan dengan firmanNya yang bermaksud: 'tidak Kami utusmu melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'.
Maka dengan niat yang baik inilah kita menziarahi perkuburan kaum Muslimin dan permakaman para awlia, anbia dan mursalin. Apa yang dilarang dalam menziarahi perkuburan ini ialah meminta sesuatu hajat kepada yang mati itu atau memujanya seperti pemujaan terhadap berhala.
Tetapi dengan bertawassul dengan mereka yang salih itu dan meminta kepada Allah rabbul a'lamin tidaklah terlarang menurut fahaman ahlissunnah wa jamaah.
5) Adab Menziarahi Kubur
Apabila kita masuk ke suatu tanah perkuburan Islam, hendaklah kita mengucapkan salam dengan berkata: "Assalamualaikum dara qaumin mukminin, antumussabiqun wanahnulahiqun yaghfirullahu lanaa wa dan kamlakum."
(Sejahtera atas kamu penghuni tempat kaum Mukminin. Kamu telah mendahului dan kami akan menyusul kamu. Semoga Allah mengampuni kami.)
Kemudian tujuilah kubur yang hendak diziarahi itu dan berdiri atau
duduk dihadapannya dengan mengadap kepadanya (membelakang kiblat) serta memberi salam kepadanya.
Walaupun mayatnya sudah lama dan sudah hancur tetapi yang penting rohnya ada dan tahu siapa yang menziarahinya. Ini diambil dari sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi salam kepadaku Allah akan mengembalikan rohku dan akan menjawab salamnya". Kalau ini diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. maka tidak mustahil diberikan kepada umat oleh sebab itu disunatkan kita menziarahi kubur. Kemudian, bacakanlah ayat-ayat
Al Quran yang mudah dibaca dan minta kepada Allah disampaikan pahala bacaan itu kepada roh si mati. Kita juga diingatkan supaya jangan menyesali apa yang telah berlaku, apa lagi untuk meraung dan meratap, kerana ini adalah haram hukumnya.
6) Ziarah Kubur Pada Hari Raya
Tidak ada sebarang dalil yang terang tentang menziarahi kubur pada pagi Hari Raya. Ini hanya merupakan amalan kebiasaan orang-orang Islam kita di sini. Mungkin merekaberpendapat bahawa kerana pada hari raya kita menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai kita yang hidup maka eloklah kita menziarahi juga yang sudah meninggal dunia.
Ziarah pada waktu khusus seperti yang berlaku pada Hari Raya boleh menyebabkan dosa kalau kita menganggapnya sebagai satu suruhan agama padahal tidak ada sebarang suruhan menziarahi kubur pada hari yang tertentu. Lebih-lebih lagi kalau penziarahan itu merupakan sebagai satu temasya dengan sebab yang berkunjung memakai pakaian yang berwarna-warni serta membawa bunga untuk diletakkan di atas kubur, penjualan minuman dan sebagainya, inilah yang dilarang oleh Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan sabdanya yang bermaksud: "Jangan kamu jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya".
Begitulah juga larangan ini mencakup kubur sesiapa pun. Dengan ini
jelas menziarahi kubur pada Hari Raya secara khusus itu tidak ada
sandarannya dalam Islam.

Saturday, January 9, 2010
A Night to Remember
As I lay on my bed, thinking about you, I feel this strong urge to grab you and squeeze you, because I can't forget last night. You came to me unexpectedly during the balmy and calm night, and what happened in my bed still leaves a tingling sensation in me.
You appeared from nowhere and shamelessly, without any reservations, you laid on my naked body... you sensed my indifference, so you started to bite my body without any guilt or humiliation, and you drove me crazy while you sucked me dry.
Finally I went to sleep. Today when I woke up, you were gone, I searched for you but to no avail, only the sheets bore witness to last night's events. My body still shows your marks, making it harder to forget you. Tonight I will remain awake waiting for you... as soon you appear I will quickly grab you and won't let you go, will hold you with all my strength so you won't disappear. Won't rest until I squeeze your blood out....................... you ... you ..
>> >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >
>> > >>>>> irritating mosquito!

Subscribe to:
Posts (Atom)