There's always 2 sides of the coin. and information via the media is always selective. memang telah ditakdirkan, kita orang Islam pasti akan sentiasa dicabar. something to ponder: the Jews killed Christian's Jesus but why are we Muslims the enemy?
You live to only fight an UNKNOWN battle
Aku Anak Yang Memakai Tudung
Aku anak yang memakai tudung
Ke sana ke sini dicemuh orang
Ke sana ke sini dikecam orang
Mereka lihat dengan pandangan garang
Seolah aku akan ke perang
Padahal aku hanya ke sekolah
Menuntut ilmu apalah salah
Kanak-kanak sampai ke sekolah
Disambut oleh keriangan kawan
Aku pula sampai ke sekolah
Disambut oleh para wartawan
Mereka bergegas mengambil gambar
Untuk dijadi hiasan akhbar
Aku mula takut dan hairan
Banyaknya mereka dari segi bilangan
Aku mula bertanya ayahku
"Apakah benda yang mereka mahu?
Apakah salah yang aku lakukan?"
Kamera-kamera terus mengiringiku
Sehinggalah aku diambil guru
Ayah terus mendakap tubuhku
"Selamat tinggal wahai puteriku"
Ketika sampai di bilik darjah
Aku mula berkenal-kenalan
Dan mula mendapat kawan
Sungguh seronok bergaul mesra
Dengan kawan tak kira bangsa
Hari pertama memang seronok
Dapat belajar dan juga berkawan
Tapi bila ceritaku mula disiarkan
Oleh pihak media tempatan
Kawan-kawanku mula memulaukan
Aku keseorangan
Tiada berteman
Kenapa sekarang mereka demikian?
Padahal hari-hari pertama
Mereka bersama Beramah tamah Bergaul mesra
Tak kira apa pun bangsa
Tak kira pakaianku bagaimana
Ini semua kerana cemuhan
Sudah mula tersebar luas
Aku ingin sekali fahamkan
Apa perkara yang mereka tak puas?
Semakin hari semakin sedih
Mendengar cemuhan, tersangatlah pedih
Mereka berbisik sesama sendiri " Eh, Mak kita cakap jangan kawan dengan budak tudung tu.
Dia degil.
Pengetua suruh buka tudung dia tak mahu"
Ini semua adalah cemuhan
Menyebabkan aku keseorangan
Belajar dan bermain Tiada berteman
Duduk aku di satu sudut
Dituduh sebagai orang yang kolot
Kerana aku memakai tudung
Sebenarnya, ketahuilah wahai masyarakat
Akulah yang merayu pada Sang Ibu
Aku bertudung jangan disekat
Ketika ke sekolah menuntut ilmu
Dari kecil tudung kupakai
Baik ke pasar atau ke kedai
Kini,
Setiap kali ibuku mula menyarongkan
Sehelai tudung ke atas kepalaku
Wajahnya sedih menahan pilu
Kemudian akan ibu mula ucapkan
"Nak, nanti di sekolah kena bersabar. Nanti banyak orang yang nak ambil gambar. Biarkan mereka ya nak. Kita ke sekolah untuk belajar."
Sungguh lembut ibu bapaku
Ketika mereka sedang bercakap
Walau kini ada cemuhan
Bahawa mereka orang biadap!
Ini semua adalah hinaan
Ke atas aku menjadi tekanan
Tapi hati kucekalkan
Bukankah ini sunnah Tuhan?
Bahawa hidup ada ujian
Kini, Kami tetap menanti
Akan keputusan yang akan diberi
Adakah kami akan dihina
Atau tetap menahan hiba
Sudahlah Ibu Jangan menangis
Sudahlah Ayah Jangan bersedih
Walau hati telah terguris
Akibat hinaan yang sangatlah pedih
Ini rayuan anakmu yang soleh
Oleh: Belia Ghufran Seorang yang prihatin
VISI Seri_Akhawaat
"Membina Khaira Ummah Melalui Penjanaan Ukhuwwah Islamiyyah Serta Pengislahan Muslimah Berlandaskan Al-Qur'an Dan Sunnah Rasulullah S.A.W."
**********************************************************************
Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk - yakni kebenaran, maka baginya adalah pahala seperti pahala2 orang yang mengikutinya, tidak kurang sedikitpun dari pahala mereka itu."
(Hadith riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment