Wednesday, December 9, 2009

AMALAN PELINDUNG UNTUK PERJALANAN JAUH

Setiap tahun di musim perayaan tiba, ramai di antara kita yang akan pulang ke kampung halaman menyambut hari raya. Majoritinya pulang dari KL dan lain-lain bandar besar. Dan setiap tahun jugalah kita dengar dan lihat begitu ramai yang pulang ke kampung halaman tidak sempat berhari raya bersama sanak saudara kerana ditimpa musibah kemalangan di jalanraya. Ramai yang terkorban dan yang tercedera pula terpaksa berhariraya di katil hospital.

Meyedari betapa berharganya nyawa dan keselamatan para Muslimin dan Muslimat sekalian, terlebih lagi para penyokong Barisan Alternatif, di bawah ini saya perturunkan amalan ayat-ayat pelindung untuk diamalkan semasa mahu memulakan perjalanan. Bagi yang memandu kenderaan sendiri, ayat –ayat amalan ini cukuplah dibaca oleh pemandu kenderaan tersebut ketika atau semasa mahu masuk gear 1 atau ketika kenderaan mula bergerak perlahan berlepas dari rumah (ahli keluarga yang berada bersama dalam kenderaan itu hendaklah diam ketika pemandu mahu membaca amalan ini – jangan berbual atau bising sehingga ayat-ayat tersebut selesai dibaca). Amalan ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang inginkan keselamatan ketika mahu melakukan perjalanan jauh, tidak kira dimana sahaja anda berada.

Ayat-ayat amalan itu ialah;

1. Mulakan membaca Ayat Qursi 1x

2. Hasbunallahu wa ni’mal wakiil wala hawla wala quwwata illa billahi aliyyil adzim 3x

3. Bismillahilladzi laa yadhuru ma’asmihi syai un fil ardhi wala fissama’ , wahuwas sami ul ‘aliimm. 3x

4. “Ya Allah aku berlindung denganMu dari segala musibah dan selamatkanlah perjalananku (sekeluarga) dari segala musibah yang tidak diingini, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung”

5. Allahu Akbar 3x

Kesemuanya dibaca didalam hati/bibir mulut sahaja.

Amalan ayat-ayat diatas terutama No. 2 elok juga dibaca untuk berlindung dari terkena saman oleh polis ketika dalam perjalanan. Walau bagaimana pun, ianya hendaklah disepadukan dengan sikap berhati-hati dan tidak menjadikan jalanraya sebagai medan perlumbaan. Semoga Allah s.w.t. melindungi kita semua dari segala musibah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA PENYOKONG BARISAN ALTERNATIF. JUGA TIDAK DILUPAKAN KEPADA ABANG ANWAR, KAK WAN, NURUL IZZAH DAN AHLI KELUARGA. SEMOGA TABAH DAN CEKAL MENGHADAPI UJIAN ALLAH INI.

Salam hormat,

Cucu Datuk Bahaman

No comments:

Post a Comment