Monday, January 11, 2010

AYAT YANG MEMBUNUH JIN IFRIT

Imam Ghazali meriwayatkan dalam kitabnya, Khawasul Quran pernah terjadi suatu peristiwa ganjil di negeri Basrah pada seorang pedagang yang bernama Ka'ab. Setelah Ka'ab sampai di sana, dia pun mencari tempat untuk bermalam. Oleh kerana Ka'ab adalah pedagang yang paling lewat, maka semua tempat penginapan telah penuh kecuali satu rumah usang yang telah lama ditinggalkan.

Ka'ab tiada pilihan lain, lalu dia pun pergi bertemu dengan tuan rumah tersebut. Kata tuan rumah itu kepada Ka'ab, rumah ini aneh sedikit, sering menjadi buah mulut orang kampung, kata mereka, rumah ini didiami oleh Jin Ifrit. Sesiapa yang pernah tinggal disini akan menjadi ketakutan. Kalau awak sanggup tinggallah awak disini selama mana yang awak suka, saya tidak akan mengenakan apa-apa bayaran."

Walau bagaimanapun Ka'ab bersetuju untuk tinggal di situ buat beberapa hari. Pada 2/3 malam yang pertama itu juga Ka'ab telah nampak satu bayang-bayang hitam dengan dua biji mata yang merah menyala datang mendekatinya. Ka'ab bangun lalu membaca ayat Qursi dari awal hingga ke akhirnya. Setiap bacaan Ka'ab tetap diikuti oleh jin itu kecuali pada ayat terakhir iaitu, Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal aliyul azim tidak kedengaran lagi suara jin Ifrit itu.

Ka'ab merasa hairan lalu diulang-ulangnya ayat itu. Seketika itu, Ka'ab tercium sesuatu seperti benda terbakar.Keesokan harinya, Ka'ab mendapati sesuatu seperti abu pada sudut rumah itu. Di saat itu, Ka'ab terdengar suara berkata, Wahai Ka'ab, engkau telah membakar jin Ifrit.Soal Ka'ab, Dengan apa aku membakarnya?Jawab suara itu, Dengan ayat Quran, Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal aliyul azim.

No comments:

Post a Comment